Tuesday 1 March 2016

JELAJAH KE MESIR

Tempat-tempat menarik yang bakal dijelajah di MESIR!!

Sebelum ini, saya menceritakan tentang Masjid AlAzhar di Kaherah yang mana antara salah satu tempat yang akan dijelajah bersama trip kami. Kali ini, saya ingin membawa pembaca ke tempat-tempat menarik yang lain, yang terdapat di MESIR. 

PIRAMID GIZA





PIRAMID dikenali kerana tercatat sebagai antara 7 benda ajaib di dunia. Piramid di GIZA adalah piramid tertua, terbesar di dunia dan yang paling bersejarah. Selain itu, Piramid ini menelan masa selama 20 tahun untuk menyiapkannya. Ia siap dibina pada sekitar tahun 2580 SM. 

Hah, selama ini kita hanya melihat di dalam gambar sahaja, dengan trip Kembara Sufi, anda boleh lawati dan melihat secara live binaan yang telah dibina oleh masyarakat Mesir purba beribu-ribu tahun dahulu. 


KRISTAL ASFOUR

Selain tempat bersejarah, team Kembara Sufi akan membawa anda ke Kristal Asfour. Di sana kita boleh mencuci mata melihat pelbagai rekaan kristal yang cantik.  

Di hadapan kedai Kristal Asfour

Di dalam kedai Kristal Asfour

Pusat penjualan kristal ini telah ditubuhkan sejak tahun 1961 dan telah menjadi pusat jualan kristal antarabangsa. Harga kristal di sini berpatutan walau rekaan kristal di sini sangat eksklusif. 


GUNUNG SINAI


Gunung Sinai

Bagi yang sukakan cabaran dan aktiviti lasak, pakej ke Mesir ini menyediakan pengalaman mendaki Gunung Sinai yang mempunyai ketinggian 2,285 meter. Gunung Sinai ini juga terkenal dengan nama Jabal Musa atau Bukit Musa kerana sewaktu zaman kenabian dan kerasulan nabi Musa a.s, baginda menerima wahyu di gunung ini.

Di atas Gunung Sinai


Tiada penempatan yang wujud di kaki gunung Sinai ini. Tetapi terdapat sebuah bangunan kuno yang telah dibina dan wujud berabad-berabad iaitu Biara St. Cathrine. 


Biara Saint Catherine

    
   Ini adalah gambaran ringkas jelajah kita ke Mesir. Banyak lagi tempat-tempat menarik yang akan diceritakan. Teruskan membaca blog ini untuk mengetahui lebih lanjut.

Jika berminat dengan pakej pihak kami tawarkan, sila tinggalkan email anda, untuk maklumat lanjut boleh menghubungi:

03 - 55234498 : Cawangan Dataran Otomobil (NADHIRAH) 
03 - 55244498 : Cawangan Anggerik Mall
07 - 4530953 : Cawangan Johor


Atau

Whats app ke 013-2000463 (NADHIRAH}
E-mail: infokembarasufi5@gmail.com (NADHIRAH)



KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS SDN BHD






No comments:

Post a Comment