Thursday, 3 March 2016

PERJALANAN JELAJAH KE MESIR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Hah! pembaca, pakej ke MESIR kita dah bagitahu, tempat-tempat yang menarik pun kita dah cerita, Berminat tak dengan pakej kami ke Mesir ini??
Kali ini, In shaa Allah, nak cerita pula tentang perjalanan menjelajahi Mesir ini bersama KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS untuk lebih menarik minat pembaca mengenai pakej ini.

Perjalan pada HARI PERTAMA:
Dari Malaysia terbang ke Mesir, mengambil masa sekitar 13 jam kebiasaanya. Atas faktor-faktor transit, perjalanan ini mengambil masa. Namun, usah khuatir, kami akan mengambil perjalanan yang paling singkat, dan selesa. 


Maps

Sesampainya di Cairo International Airport, anda akan disambut oleh wakil kami di sana. Setelah urusan di airport selesai, kita akan terus mendaftar masuk ke Hotel/ Villa yang terletak di Cairo dan makan malam akan diberi. Seterusnya anda akan diberi rehat di hotel. Pengembaraan akan diteruskan pada hari keesokannya.  

Cairo International Airport

HARI KEDUA: Menjelajah di Bandar Cairo
Pada hari kedua, kita akan mengembara ke Masjid Imam Syafie, Makam Imam Syafie, Kubu Salahuddin Al-Ayubi, dan Masjid Sultan Hassan/ Syeikh Rifaie.

Masjid Imam Syafie




Masjid Imam Syafie ini merupakan antara masjid yang tertua di Kaherah. Di dalam masjid ini terdapat makam Imam Syafie






Makam Imam Syafie

















Kubu Salahuddin Al-Ayubi






Benteng ini dibina oleh Salahuddin Al-Ayubi pada tahun 1183M untuk mengawasi bandar Kaherah dari sebarang ancaman. Kubu ini terletak bersebelahan Bukit Muqattam. 
Di benteng ini, terdapat pelbagai peninggalan sejarah. 









Masjid Sultan Hassan



Masjid Sultan Hassan ini terletak di seberang  kubu Salahuddin Al-Ayubi. Masjid ini dibangunkan oleh Sultan Hassan dari Dinasti Mamalik pada tahun 1348-1351 Masihi. Masjid ini dapat dilihat dengan jelas di atas kubu Salahuddin Al-Ayubi.





Masjid Rifaie







Di dalam Masjid Rifaie dimakamkan beberapa raja termasuklah, termasuk raja Fuad II (Raja Farouk). Masjid ini terletak berdampingan dengan Masjid Imam Syafie








HARI KETIGA: Pengembaraan di Kota Iskandariah/ Alexandria

Pengembaraan diteruskan lagi pada hari ketiga ke Kota Iskandariah. Perjalanan dari Kaherah mengambil masa sekitar 3-4 jam sahaja. Kali ini, kita akan melawati Kubu Sultan Qaitbay, Masjid Abul Abbas Al-Mursi, Masrah Rumani dan Muntazah. 

Kubu Sultan Qaitbay



Kubu ini menghadap laut Mediterranean dan terletak di bahagiana paling utara Mesir. 
Lokasi kubu ini sangat strategik untuk mengawasi keadaan dari ancaman musuh. 
Kubu ini mempunyai tiga tingat, dan setiap tingkat mempunyai peranannya masing-masing.




Masjid Abul Abbas Al Mursi 




Masjid Abul Abbas Al Mursi ini adalah masjid yang paling terbesar, bersejarah dan tercantik di Mesir. Masjid ini mempunyai 4 buah kubah. 





Muntazah Castle





Istana Muntazah adalah tempat tarikan pelancongan yang terdapat di Iskandariah. Dengan kedudukan berhadapan dengan laut, Istana ini nampak begitu terserlah.
Dibina oleh Abbas II pada tahun 1892. Sekarang, Istana ini sudah menjadi Hotel di Iskandariah.





HARI KEEMPAT: Jelajah ke Kota Giza

Perjalanan ke Giza dari bandar Kaherah memakan masa hanya sekitar 15 minit sahaja. Tempat-tempat yang akan dilawati ialah Piramid – Kristal Asfour – Masjid Al-Azhar - Masjid & makam Saidina Hussin – Shoping di Cairo

Giza adalah dataran tinggi yang terletak di barat daya Kaherah yang mana perkuburan-perkuburan diraja kerajaan Mesir kuno banyak terletak di sana. 


Piramid Giza


Terdapat banyak piramid di dunia ini. Namun, yang paling terkenal dan tertua ialah Piramid Giza di Mesir.






Kristal Asfour



Hah, sampai di sini, kita beli-belah sikit. Seperti entry saya dahulu tentang Kristal Asfour, tempat ini mempamerkan pelbagai rekaan kristal yang pastinya memukau, dan sesuai untuk diberi kepada orang yang tersayang.





Masjid Al-Azhar 






Masjid Al-Azhar ini adalah antara masjid yang tertua di Kaherah. Ditubuhkan pada tahun 359 Hijrah.








Masjid Saidina Hussin




Masjid ini dinamakan masjid Saidina Hussin sebagai satu simbol di mana tempat kepala Saidina Hussin dimakamkan. Pada asalnya, kepala Saidina Hussin ini dimakamkan di negara lain, namun atas faktor politik seperti pergolakan dan perang, ia dipindahkan di Mesir.





HARI KELIMA: Pengembaraan ke Sinai-Dahab-St. Cathrine #1

"Jauh perjalanan luas pengalaman". Kali ini perjalanan ke Sinai mengambil masa 5 jam dari Kaherah. Ekspedisi di Sinai ini mengambil masa selama 3 hari. Sinai merupakan semenanjung yang berbentuk segitiga, terletak di antara laut mediterranean di utara dan laut merah di selatan.





Pada hari pertama di Sinai, tempat lawatan yang pertama ialah Terowong Ahmad Hamdi (Bawah Terusan Suez), Padang Pasir dan Shoping di Dahab 

Terowong Ahmad Hamdi


Terowong Ahmad Hamdi Tunnel merupakan penyambung antara benua Afrika dan Asia. Selepas kerajaan Mesir berjaya menakluki Sinai, terowong ini dibina pada tahun 1981 sebagai jalan pintas penduduk Mesir dari Kaherah ke Semenanjung Sinai. Terowong ini berjungsi sebagai penghubung antara dua benua yang terpisah oleh terusan Suez iaitu benua Asia dan Afrika.




Padang Pasir





















HARI KEENAM: Pengembaraan ke Sinai-Dahab-St. Cathrine #2

Pada hari kedua di Sinai, aktiviti yang akan dilakukan bersama pakej KEMBARA SUFI ialah mendaki Gunung Sinai, menziarahi Khalwah Nabi Musa, Makam Nabi Harun dan Nabi Soleh serta menjelajah ke Banjaran Teh.


Gunung Sinai



Di atas gunung Sinai ini terdapat tempat di mana Nabi Musa a.s. bermunajat. Ia dinamakan Khalwah Nabi Musa yang bermaksud tempat bersendiri.











Trek yang akan digunakan untuk pendakian Gunung Sinai







Makam Nabi Harun




Makam Nabi Harun ini dibina semula oleh Sultan Al Nasir Mohammad salah seorang Sultan Mamalik.









Ini adalah lembah banjaran Teh. dikisahkan Oleh Allah swt didalam al-Quran. bani israel disesatkan oleh Allah swt kerana mereka ingkar dengar arahan Allah supaya mereka pulang keplastin. Namun dengan keingkaran tersebut maka berulang aliklah mereka selama 40 tahun dibanjaran teh berhampiran lembah tursina.







HARI KETUJUH: Pengembaraan ke Sinai-Dahab-St. Cathrine #3

Dan pada hari terakhir di Sinai, kita akan menziarahi Wadi Arba’in, kawasan Lembu Samiri, Uyun Musa dan Muzium Kubu Israel.


Kawasan Lembu Samiri

Kisahnya, Samiri adalah lelaki yang mahir mengukir patung pada zaman nabi Musa dahulu. Sewaktu nabi Musa pergi ke Gunung Sinai untuk mendapat wahyu, kaumnya lupa tentang ajaran nabi Musa dan ingin menyembah patung. Kaum bani Israel yang derhaka itu akhirnya dimatikan oleh Allah dengan azab dentuman guruh yang tersangat kuat.
Inilah sejarah di mana Allah melaknat hambanya yang syirik kepadaNya.




Untuk mengetahui lebih lanjut ekspedisi di SINAI bersama Kembara Sufi boleh mengikuti blog ini. http://kembara-sufie.blogspot.my/2009/02/sekitar-sinai-dahab-dan-taba.html


HARI KELAPAN: Jelajah di El Fayyoum

Ikuti penjelajahan di El fayyoum di link ini. http://kembarasufiplanner.blogspot.my/2016/03/jelajah-mesir-20.html


HARI KESEMBILAN: Kaherah

Pada hari terakhir penjelajahan di Mesir, kita akan mengigilingi Kaherah dan jaulah ke makam-makam pilihan, dan seterusnya check out dari hotel/villa dan bersiap ke Airport untuk pulang ke Malaysia.


KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS SDN. BHD.









No comments:

Post a Comment