Thursday, 3 March 2016


OSAKA - KYOTO - NARA 5H 4M

DARI 4499/seorang

TENTATIF LAWATAN

HARI 1 
>Tiba di Haneda Airport dan berjumpa dengan pemandu pelancong - check in hotel.
>Begerak ke Namba Shopping District yang lebih dikenali sebagai " Town of Entertainment " , di sini pengunjung akan dapat melihat kemudahan zon membeli belah yang mempunyai hampir 300 kedai dan restoran yang menyajikan pelbagai keunikan yang terdapat di Osaka pada harga mampu milik.

HARI 2
Laluan Gate Shrine 
>Melawat Fushimi Inari Shrine (1000 Gate Shrine).  Di sini pengunjung akan dapat merasai 'The Journey of a Thousand Gates' apabila pengujung mendaki ke puncak Gunung Inari anda akan melalui ribuan gates yang dibina di sepanajang laluan ke Gunung Inari. Gates yang dibina sepanjang laluan ini menghasilkan suasana seakan 'glowing red tunnel' apabila cahaya matahari mula menyinari laluan gates ini. Sepanjang laluan menuju Gunung Imari juga pengunjung akan melihat banyak patung musang yang dianggap sebagai ' Messenger of Inari' .


Pemandangan Kinkaku-JI
>Melawat Kinkaku-JI Golden Pavillion yang ditetapkan sebagai National Special Historic Site and National Special Landscape. Tempat ini menjadi anatara bangunan paling terkenal di Jepun yang menarik jumlah pengunjung yang besar datang ke sini pada setiap tahun. Bangunan yang mempunyai tiga aras ini menampilkan senibina yang berbeza pada setiap aras yang pastinya cukup unik untuk menarik perhatian setiap pengunjung. Pada aras satu, pengunjung akan dapat melihat senibina 'Shenden Style' yang digunakan sebagai istana semasa 'Heian Period' dengan menggunakan tiang kayu asli dan dinding plaster bewarna putih, manakala aras dua, menampilkan senibina 'Bukke Style' yang biasanya digunakan di kediaman Samurai dengan luaranya dihiasi dengan daun emas dan aras yang terakhir di hiasi dengan senibina 'Chinese Zen Hall'. Selain dapat melihat tiga ciri senibina yang berbeza dia Kinkaku- Ji Golden Pavillion pengunjung juga dapat menikamati landskap tasik yang sangat cantik di sekitar bngunan ini, di samping dapat berehat di 'teahouse' yang disediakan.

Kiyomizu Dera semasa 'fall illumination'

>Melawat Kiyomizu Dera Clear Waterfall Temple , merupakan kuil Buddha yang telah digazetkan di bawah UNESCO. Kiyomizu Dera terkenal dengan koridor kayu nya diluar dewan utama yang membolehkan pengunjung menikmati suasana keindahan 'cherry blossom' dan 'maple tree'. Kiyomizu Dera adalah antara kuil yang mempunyai 'special evening illumination' semasa acara Hanataro diadakan pada pertengahan Mac dan semasa musim luruh di minggu kedua bulan November.

HARI 3
> Melawat Nara Wild Deer Park. Nara Park merupakan taman rekreasi awam yang terletak di bandar Nara, Jepun. Taman ini juga menjadi salah satu 'Places of Scenic Beauty' yang direka khas oleh Ministry of Education , Culture, Sport, Science and Technology (MEXT). Di taman ini juga pengunjung berpeluang untuk mendekati rusa sika liar yang berkeliaran di sekitar ini. Pengunjung boleh mendekati haiwan ini dengan memberi makan kepadanya. Dengan keluasan 502 ekar, taman ini juga menempatkan teahouse dan tea garden bagi pengunjungnya yang ingin merasai suasana santai disini.


HARI 4
>Berada di Universal Studio Japan yang terletak di Osaka ini merupakan salah satu daripada taman tema Universal Studio. Universal Studio Japan terdiri daripada 10 tema yang tersendiri seperti New York, Hollywood, San Francisco, Jurassic Park, Universal Wonderland, Universal Studio Lagoon, The Magical Ocenia, Water World, Amity Village dan Wizarding World of Harry Potter. 

Wizarding World of Harry Potter
Entrance Universal Studio Japan

HARI 5
> Melawat Osaka Castle yang merupakan antara bangunan yang terpenting dalam memainkan peranan dalam penyatuan Jepun pada abad ke 16. Istana yang berkeluasan hampir 15 ekar ini mempunyai 13 struktur yang telah diiktiraf sebagai aset penting oleh Kerajaan Jepun. 

> Bersiar-siar di Dotonburi Gourmet District  yang sangat popular dengan pelbagai jenis kedai cenderahati dan restoran yang menyajikan pelbagai makanan tradisional masyarakat Jepun khususnya Osaka.

>Bergerak ke Shinsaibashi Shopping Arcade yang menjadi destinasi membeli belah paling tua dan sibuk di Osaka. Pelbagai barangan boleh didapati di sini dengan kewujudan banyak kedai berjenama, rangkaian kedai dan butik terkemuka yang boleh didapati di sini.

>Begerak ke Floating Garden Observatory adalah platform pemerhati yang menghubungkan dua menara Umeda Sky Building,  di mana bumbung yang mempunyai bentuk donut memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati pemandangan 360 darjah dengan lebih jelas tanpa sebarang halangan. Pemandangan dari atas menara ini bukan sahaja dapat melihat Bandar Osaka malahan Pulau Awaji.

Floating Garden Observatory





Untuk lebih keterangan boleh hubungi kami di talian :-
> 03- 5523 4498 - Dataran Otomobil (Akmar)
> 03- 5524 4498 - Anggerik Mall
> 07- 4530953   - Johor
> 013-2000463   - Whatsapps (Akmar)
Emel :- infokembarasufi5@gmail.com

 

No comments:

Post a Comment