Tuesday, 1 March 2016

PAKEJ UMRAH KEMBARA SUFI



Masjid Nabawi pada waktu malam 


UMRAH adalah ibadah yang wajib dilakukan oleh umat Islam sekali seumur hidup. Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, mafhumnya: "Dan sempurnakanlah ibadah Haji dan Umrah kerana Allah" (Al-Baqarah:196)

Pandangan Masjidil Haram dari atas


Pakej UMRAH Kembara Sufi mengambil penerbangan dari Malaysia ke Jeddah dan dari Jeddah terus ke Madinah, setelah 3 hari di Madinah, jemaah akan dibawa ke Mekkah. Penerbangan Malaysia ke Jeddah mengambil masa selama 9 jam dan kemudiannya dari Jeddah jemaah akan menaiki bas selama 5 jam pula terus ke Madinah. Walaupun perjalanan mengambil masa yang lama, namun, di saat Allah menguji hambaNya dengan kesukaran, Allah akan membalas kesukaran tersebut dengan kesenangan yang lain : )

Di sini saya sediakan Itinerary ringkas pakej UMRAH kami 

HARI PERTAMA/KEDUA: 
Jemaah diminta berkumpul di KLIA 4 jam awal sebelum pelepasan. Setelah sampai di Jeddah, jemaah akan disambut oleh wakil kami di lapangan terbang. Setelah urusan di lapangan terbang selesai, jemaah akan dibawa terus ke Madinah dengan menaiki bas. Perjalanan mengambil masa sekitar 5 jam. Setelah tiba di Madinah, jemaah akan terus mendaftar masuk ke hotel selepas waktu Zohor/Asar. Setelah itu, jemaah boleh berehat dan melakukan aktiviti masing-masing.



HARI KETIGA: {Madinah}
Setelah sarapan pagi, jemaah akan dibawa menziarahi (bahagian dalaman) Masjid Nabawi seperti Makam Rasulullah, Khalifah Abu Bakar, Sayidinna Umar, Raudhah dan perkuburan Baqi’ (bagi lawatan wanita berasingan). Selepas sembahyang Asar, jemaah akan dibawa bersama untuk program jalan-jalan cari iman di sekitar kawasan masjid Nabawi.

Raudhah di Masjid Nabawi

Makam Rasulullah S.A.W


HARI KEEMPAT: {Madinah}
Setelah sarapan pagi, pada pukul 0700 pagi jemaah akan dibawa melawat (ziarah luar) kawasan di sekitar Madinah seperti Masjid Quba, Jabal-Uhud, Masjid Dua Kiblat, Medan Perang Khandak serta berbelanja di Pasar Tamar

Bukit Uhud

Masjid Quba'


HARI KELIMA: {Madinah}
(Umrah bersama Pembimbing) Jemaah akan berangkat ke Makkah Al-Mukarramah pada pukul 2.00 petang selepas Zohor, dengan berihram dan bermiqat di Bir Ali sebelum ke Makkah. Setibanya di Makkah, jemaah akan dibawa ke hotel untuk mendaftar masuk dan menyempurnakan ibadah umrah yang pertama.

HARI KEENAM: {Mekkah}
Jemaah boleh melakukan ibadah umrah dengan sendiri. Aktiviti bebas.

HARI KETUJUH: {Mekkah}
(Umrah bersama pembimbing) Pada pukul 0700 pagi jemaah akan dibawa melawat kawasan bersejarah di sekitar Makkah seperti Jabal Nur, Jabal Thur, Arafah, Muzdalifah, Mina dan akhirnya berniat umrah di Jaaranah.  

Di Mina, Makkah


HARI KELAPAN: {Mekkah}
Acara bebas. Jemaah boleh melakukan ibadah umrah dengan sendiri.

HARI KESEMBILAN: {Mekkah}
(Umrah bersama pembimbing)Pada pukul 0700 pagi jemaah akan dibawa melawat ke Muzium Kaabah (tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa), akhirnya berniat umrah di Hudaibiyah.

Masjid Hudaibiyah


HARI KESEPULUH: {Mekkah}
Acara bebas. Jemaah boleh melakukan ibadah umrah dengan sendiri.  

HARI KESEBELAS: 
Selepas sembahyang Subuh, jemaah melakukan Tawaf Wida’ (tawaf selamat tinggal) sebelum bertolak ke Jeddah untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur 



HARI KEDUABELAS:
Pesawat dijangka tiba di KLIA.


Pakej ke UMRAH bersama Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd. mempunyai pelbagai pakej yang mampu dimiliki dan juga kami mementingkan keselesaan anda. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej kami, bolehlah menghubungi atau email kami segera:-
03 - 55234498 : Cawangan Dataran Otomobil (NADHIRAH)
03 - 55244498 : Cawangan Anggerik Mall
07 - 4530953 : Cawangan Johor

Atau:

Whats app ke 013-2000463 
E-mail : infokembarasufi5@gmail.com (NADHIRAH)
#penerajupakejpelancongantermurah #muslimstour #kembarasufitravel



KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

No comments:

Post a Comment