El Fayyoum adalah bandar yang terletak di tengah-tengah negara Mesir. Bandar ini sangat kaya dengan cerita-cerita sejarah kenabian seperti zaman Nabi Yusuf dan Nabi Musa serta kisah Qarun. Bandar ini dinamakan El Fayyoum yang bermaksud 1000 hari dikisahkan bahawa nabi Yusuf telah membina saliran air yang menyuburkan bumi Mesir yang kering dalam masa 70 hari sahaja, walaupun dari segi logik ia sepatutnya mengambil masa 1000 hari. Oleh sebab itu, bandar ini juga terkenal dengan kesuburan tanahnya walaupun berada di tengah-tengah padang pasir.
Kincir air zaman nabi Yusuf |
Peta tasik Qarun |
Ingat tak kisah Qarun yang mati tenggelam bersama hartanya? Alkisahnya pula, pada zaman nabi Musa, Qarun adalah seorang bangsawan yang kaya-raya juga adalah sepupu nabi Musa a.s. Pada mulanya, Qarun bukanlah orang yang kaya. Dia mempunyai bilangan anak yang ramai namun kehidupannya serba kekurangan. Walaupun begitu, Qarun sangat disegani oleh golongan fakir miskin yang lain kerana sikapnya yang dermawan walaupun miskin.
Namun, semuanya berubah setelah Qarun dianugerahkan kekayaan oleh Allah berkat doa dari nabi Musa a.s., Qarun menjadi bongkak, lalu Allah turunkan bala keatasnya dengan meneggelamkan hartanya bersamanya. Kekuasaan Allah cukup hebat!! Sehingga kini kita dapat lagi melihat bukti kekuasaan Allah yang mampu melakukan apa sahaja kepada orang yang berpaling dariNya.
Namun, semuanya berubah setelah Qarun dianugerahkan kekayaan oleh Allah berkat doa dari nabi Musa a.s., Qarun menjadi bongkak, lalu Allah turunkan bala keatasnya dengan meneggelamkan hartanya bersamanya. Kekuasaan Allah cukup hebat!! Sehingga kini kita dapat lagi melihat bukti kekuasaan Allah yang mampu melakukan apa sahaja kepada orang yang berpaling dariNya.
Tasik Qarun |
Menarikkan kisah di El Fayyoum ini?! Kisah ini hanyalah ringkasan semata-mata. Banyak lagi tempat menarik dan sejarah yang kita sendiri tidak mengetahuinya terdapat di bumi Mesir ini. Dengan lawatan ke Mesir bersama Kembara Sufi Travel & Tours, banyak lagi tempat-tempat sejarah yang akan dilawati!!
CAIRO - GIZA - SINAI - EL FAYYOUM
10 HARI 8 MALAM
Berminat melancong ke MESIR?
Whats app ke 013-2000463 (NADHIRAH)
Facebook : Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd.
E-mail : infokembarasufi5@gmail.com (NADHIRAH)
Website : http://kembarasufi.com/
#penerajupakejpelancongantermurah
#muslimstour
#kembarasufitravel
KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS
No comments:
Post a Comment