Thursday, 3 March 2016

Pakej Kota Kinabalu 4 hari 3 malam

Assalamualaikum...
Selain dari Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Redang, Cameron Highland dan Sarawak, Kembara Sufi turut menyediakan pakej percutian ke Kota Kinabalu Sabah.

BENDERA NEGERI SABAH


Sabah dikenali sebagai negeri di bawah bayu. Selain itu, Sabah turut terkenal dengan Gunung Kinabalu yang merupakan salah satu World Heritage Site. Gunung Kinabalu merupakan gunung yang tertinggi di Malaysia. Di sini bunga yang terbesar di jumpai dikenali sebagai bunga Rafflesia.

GUNUNG KINABALU
Selain itu, Sabah turut terkenal kerana mempunyai pulau-pulau yang cantik. Seperti pulau Bora-bora, Pulau Pom-pom, Pulau Semporna dan sebagainya. 

BORA-BORA ISLAND

SEMPORNA ISLAND

POM-POM ISLAND

Apa yang Kembara Sufi boleh tawarkan dalam pakej Kota Kinabalu 4 hari 3 malam ialah :

Menara Tun Mustapha - KK Handicraft Centre - Frozen Seafood Market - Kinabalu Park - Kundasang Vegetable Market - Manukan Island - Sapi Island 


Di atas adalah antara tempat yang Kembara Sufi tawarkan untuk pelanggan. 

SEAFOOD MARKET
MENARA TUN MUSTAPHA
KINABALU PARK
MANUKAN ISLAND
SAPI ISLAND
Sebarang pertanyaan atau untuk membuat tempahan pakej..sila hubungi :
03-55234498 - Dataran Otomobil
03-55244498 - Anggerik Mall
013-2000463 - Whatsapp

PERJALANAN JELAJAH KE MESIR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Hah! pembaca, pakej ke MESIR kita dah bagitahu, tempat-tempat yang menarik pun kita dah cerita, Berminat tak dengan pakej kami ke Mesir ini??
Kali ini, In shaa Allah, nak cerita pula tentang perjalanan menjelajahi Mesir ini bersama KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS untuk lebih menarik minat pembaca mengenai pakej ini.

Perjalan pada HARI PERTAMA:
Dari Malaysia terbang ke Mesir, mengambil masa sekitar 13 jam kebiasaanya. Atas faktor-faktor transit, perjalanan ini mengambil masa. Namun, usah khuatir, kami akan mengambil perjalanan yang paling singkat, dan selesa. 


Maps

Sesampainya di Cairo International Airport, anda akan disambut oleh wakil kami di sana. Setelah urusan di airport selesai, kita akan terus mendaftar masuk ke Hotel/ Villa yang terletak di Cairo dan makan malam akan diberi. Seterusnya anda akan diberi rehat di hotel. Pengembaraan akan diteruskan pada hari keesokannya.  

Cairo International Airport

HARI KEDUA: Menjelajah di Bandar Cairo
Pada hari kedua, kita akan mengembara ke Masjid Imam Syafie, Makam Imam Syafie, Kubu Salahuddin Al-Ayubi, dan Masjid Sultan Hassan/ Syeikh Rifaie.

Masjid Imam Syafie




Masjid Imam Syafie ini merupakan antara masjid yang tertua di Kaherah. Di dalam masjid ini terdapat makam Imam Syafie






Makam Imam Syafie

















Kubu Salahuddin Al-Ayubi






Benteng ini dibina oleh Salahuddin Al-Ayubi pada tahun 1183M untuk mengawasi bandar Kaherah dari sebarang ancaman. Kubu ini terletak bersebelahan Bukit Muqattam. 
Di benteng ini, terdapat pelbagai peninggalan sejarah. 









Masjid Sultan Hassan



Masjid Sultan Hassan ini terletak di seberang  kubu Salahuddin Al-Ayubi. Masjid ini dibangunkan oleh Sultan Hassan dari Dinasti Mamalik pada tahun 1348-1351 Masihi. Masjid ini dapat dilihat dengan jelas di atas kubu Salahuddin Al-Ayubi.





Masjid Rifaie







Di dalam Masjid Rifaie dimakamkan beberapa raja termasuklah, termasuk raja Fuad II (Raja Farouk). Masjid ini terletak berdampingan dengan Masjid Imam Syafie








HARI KETIGA: Pengembaraan di Kota Iskandariah/ Alexandria

Pengembaraan diteruskan lagi pada hari ketiga ke Kota Iskandariah. Perjalanan dari Kaherah mengambil masa sekitar 3-4 jam sahaja. Kali ini, kita akan melawati Kubu Sultan Qaitbay, Masjid Abul Abbas Al-Mursi, Masrah Rumani dan Muntazah. 

Kubu Sultan Qaitbay



Kubu ini menghadap laut Mediterranean dan terletak di bahagiana paling utara Mesir. 
Lokasi kubu ini sangat strategik untuk mengawasi keadaan dari ancaman musuh. 
Kubu ini mempunyai tiga tingat, dan setiap tingkat mempunyai peranannya masing-masing.




Masjid Abul Abbas Al Mursi 




Masjid Abul Abbas Al Mursi ini adalah masjid yang paling terbesar, bersejarah dan tercantik di Mesir. Masjid ini mempunyai 4 buah kubah. 





Muntazah Castle





Istana Muntazah adalah tempat tarikan pelancongan yang terdapat di Iskandariah. Dengan kedudukan berhadapan dengan laut, Istana ini nampak begitu terserlah.
Dibina oleh Abbas II pada tahun 1892. Sekarang, Istana ini sudah menjadi Hotel di Iskandariah.





HARI KEEMPAT: Jelajah ke Kota Giza

Perjalanan ke Giza dari bandar Kaherah memakan masa hanya sekitar 15 minit sahaja. Tempat-tempat yang akan dilawati ialah Piramid – Kristal Asfour – Masjid Al-Azhar - Masjid & makam Saidina Hussin – Shoping di Cairo

Giza adalah dataran tinggi yang terletak di barat daya Kaherah yang mana perkuburan-perkuburan diraja kerajaan Mesir kuno banyak terletak di sana. 


Piramid Giza


Terdapat banyak piramid di dunia ini. Namun, yang paling terkenal dan tertua ialah Piramid Giza di Mesir.






Kristal Asfour



Hah, sampai di sini, kita beli-belah sikit. Seperti entry saya dahulu tentang Kristal Asfour, tempat ini mempamerkan pelbagai rekaan kristal yang pastinya memukau, dan sesuai untuk diberi kepada orang yang tersayang.





Masjid Al-Azhar 






Masjid Al-Azhar ini adalah antara masjid yang tertua di Kaherah. Ditubuhkan pada tahun 359 Hijrah.








Masjid Saidina Hussin




Masjid ini dinamakan masjid Saidina Hussin sebagai satu simbol di mana tempat kepala Saidina Hussin dimakamkan. Pada asalnya, kepala Saidina Hussin ini dimakamkan di negara lain, namun atas faktor politik seperti pergolakan dan perang, ia dipindahkan di Mesir.





HARI KELIMA: Pengembaraan ke Sinai-Dahab-St. Cathrine #1

"Jauh perjalanan luas pengalaman". Kali ini perjalanan ke Sinai mengambil masa 5 jam dari Kaherah. Ekspedisi di Sinai ini mengambil masa selama 3 hari. Sinai merupakan semenanjung yang berbentuk segitiga, terletak di antara laut mediterranean di utara dan laut merah di selatan.





Pada hari pertama di Sinai, tempat lawatan yang pertama ialah Terowong Ahmad Hamdi (Bawah Terusan Suez), Padang Pasir dan Shoping di Dahab 

Terowong Ahmad Hamdi


Terowong Ahmad Hamdi Tunnel merupakan penyambung antara benua Afrika dan Asia. Selepas kerajaan Mesir berjaya menakluki Sinai, terowong ini dibina pada tahun 1981 sebagai jalan pintas penduduk Mesir dari Kaherah ke Semenanjung Sinai. Terowong ini berjungsi sebagai penghubung antara dua benua yang terpisah oleh terusan Suez iaitu benua Asia dan Afrika.




Padang Pasir





















HARI KEENAM: Pengembaraan ke Sinai-Dahab-St. Cathrine #2

Pada hari kedua di Sinai, aktiviti yang akan dilakukan bersama pakej KEMBARA SUFI ialah mendaki Gunung Sinai, menziarahi Khalwah Nabi Musa, Makam Nabi Harun dan Nabi Soleh serta menjelajah ke Banjaran Teh.


Gunung Sinai



Di atas gunung Sinai ini terdapat tempat di mana Nabi Musa a.s. bermunajat. Ia dinamakan Khalwah Nabi Musa yang bermaksud tempat bersendiri.











Trek yang akan digunakan untuk pendakian Gunung Sinai







Makam Nabi Harun




Makam Nabi Harun ini dibina semula oleh Sultan Al Nasir Mohammad salah seorang Sultan Mamalik.









Ini adalah lembah banjaran Teh. dikisahkan Oleh Allah swt didalam al-Quran. bani israel disesatkan oleh Allah swt kerana mereka ingkar dengar arahan Allah supaya mereka pulang keplastin. Namun dengan keingkaran tersebut maka berulang aliklah mereka selama 40 tahun dibanjaran teh berhampiran lembah tursina.







HARI KETUJUH: Pengembaraan ke Sinai-Dahab-St. Cathrine #3

Dan pada hari terakhir di Sinai, kita akan menziarahi Wadi Arba’in, kawasan Lembu Samiri, Uyun Musa dan Muzium Kubu Israel.


Kawasan Lembu Samiri

Kisahnya, Samiri adalah lelaki yang mahir mengukir patung pada zaman nabi Musa dahulu. Sewaktu nabi Musa pergi ke Gunung Sinai untuk mendapat wahyu, kaumnya lupa tentang ajaran nabi Musa dan ingin menyembah patung. Kaum bani Israel yang derhaka itu akhirnya dimatikan oleh Allah dengan azab dentuman guruh yang tersangat kuat.
Inilah sejarah di mana Allah melaknat hambanya yang syirik kepadaNya.




Untuk mengetahui lebih lanjut ekspedisi di SINAI bersama Kembara Sufi boleh mengikuti blog ini. http://kembara-sufie.blogspot.my/2009/02/sekitar-sinai-dahab-dan-taba.html


HARI KELAPAN: Jelajah di El Fayyoum

Ikuti penjelajahan di El fayyoum di link ini. http://kembarasufiplanner.blogspot.my/2016/03/jelajah-mesir-20.html


HARI KESEMBILAN: Kaherah

Pada hari terakhir penjelajahan di Mesir, kita akan mengigilingi Kaherah dan jaulah ke makam-makam pilihan, dan seterusnya check out dari hotel/villa dan bersiap ke Airport untuk pulang ke Malaysia.


KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS SDN. BHD.










OSAKA - KYOTO - NARA 5H 4M

DARI 4499/seorang

TENTATIF LAWATAN

HARI 1 
>Tiba di Haneda Airport dan berjumpa dengan pemandu pelancong - check in hotel.
>Begerak ke Namba Shopping District yang lebih dikenali sebagai " Town of Entertainment " , di sini pengunjung akan dapat melihat kemudahan zon membeli belah yang mempunyai hampir 300 kedai dan restoran yang menyajikan pelbagai keunikan yang terdapat di Osaka pada harga mampu milik.

HARI 2
Laluan Gate Shrine 
>Melawat Fushimi Inari Shrine (1000 Gate Shrine).  Di sini pengunjung akan dapat merasai 'The Journey of a Thousand Gates' apabila pengujung mendaki ke puncak Gunung Inari anda akan melalui ribuan gates yang dibina di sepanajang laluan ke Gunung Inari. Gates yang dibina sepanjang laluan ini menghasilkan suasana seakan 'glowing red tunnel' apabila cahaya matahari mula menyinari laluan gates ini. Sepanjang laluan menuju Gunung Imari juga pengunjung akan melihat banyak patung musang yang dianggap sebagai ' Messenger of Inari' .


Pemandangan Kinkaku-JI
>Melawat Kinkaku-JI Golden Pavillion yang ditetapkan sebagai National Special Historic Site and National Special Landscape. Tempat ini menjadi anatara bangunan paling terkenal di Jepun yang menarik jumlah pengunjung yang besar datang ke sini pada setiap tahun. Bangunan yang mempunyai tiga aras ini menampilkan senibina yang berbeza pada setiap aras yang pastinya cukup unik untuk menarik perhatian setiap pengunjung. Pada aras satu, pengunjung akan dapat melihat senibina 'Shenden Style' yang digunakan sebagai istana semasa 'Heian Period' dengan menggunakan tiang kayu asli dan dinding plaster bewarna putih, manakala aras dua, menampilkan senibina 'Bukke Style' yang biasanya digunakan di kediaman Samurai dengan luaranya dihiasi dengan daun emas dan aras yang terakhir di hiasi dengan senibina 'Chinese Zen Hall'. Selain dapat melihat tiga ciri senibina yang berbeza dia Kinkaku- Ji Golden Pavillion pengunjung juga dapat menikamati landskap tasik yang sangat cantik di sekitar bngunan ini, di samping dapat berehat di 'teahouse' yang disediakan.

Kiyomizu Dera semasa 'fall illumination'

>Melawat Kiyomizu Dera Clear Waterfall Temple , merupakan kuil Buddha yang telah digazetkan di bawah UNESCO. Kiyomizu Dera terkenal dengan koridor kayu nya diluar dewan utama yang membolehkan pengunjung menikmati suasana keindahan 'cherry blossom' dan 'maple tree'. Kiyomizu Dera adalah antara kuil yang mempunyai 'special evening illumination' semasa acara Hanataro diadakan pada pertengahan Mac dan semasa musim luruh di minggu kedua bulan November.

HARI 3
> Melawat Nara Wild Deer Park. Nara Park merupakan taman rekreasi awam yang terletak di bandar Nara, Jepun. Taman ini juga menjadi salah satu 'Places of Scenic Beauty' yang direka khas oleh Ministry of Education , Culture, Sport, Science and Technology (MEXT). Di taman ini juga pengunjung berpeluang untuk mendekati rusa sika liar yang berkeliaran di sekitar ini. Pengunjung boleh mendekati haiwan ini dengan memberi makan kepadanya. Dengan keluasan 502 ekar, taman ini juga menempatkan teahouse dan tea garden bagi pengunjungnya yang ingin merasai suasana santai disini.


HARI 4
>Berada di Universal Studio Japan yang terletak di Osaka ini merupakan salah satu daripada taman tema Universal Studio. Universal Studio Japan terdiri daripada 10 tema yang tersendiri seperti New York, Hollywood, San Francisco, Jurassic Park, Universal Wonderland, Universal Studio Lagoon, The Magical Ocenia, Water World, Amity Village dan Wizarding World of Harry Potter. 

Wizarding World of Harry Potter
Entrance Universal Studio Japan

HARI 5
> Melawat Osaka Castle yang merupakan antara bangunan yang terpenting dalam memainkan peranan dalam penyatuan Jepun pada abad ke 16. Istana yang berkeluasan hampir 15 ekar ini mempunyai 13 struktur yang telah diiktiraf sebagai aset penting oleh Kerajaan Jepun. 

> Bersiar-siar di Dotonburi Gourmet District  yang sangat popular dengan pelbagai jenis kedai cenderahati dan restoran yang menyajikan pelbagai makanan tradisional masyarakat Jepun khususnya Osaka.

>Bergerak ke Shinsaibashi Shopping Arcade yang menjadi destinasi membeli belah paling tua dan sibuk di Osaka. Pelbagai barangan boleh didapati di sini dengan kewujudan banyak kedai berjenama, rangkaian kedai dan butik terkemuka yang boleh didapati di sini.

>Begerak ke Floating Garden Observatory adalah platform pemerhati yang menghubungkan dua menara Umeda Sky Building,  di mana bumbung yang mempunyai bentuk donut memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati pemandangan 360 darjah dengan lebih jelas tanpa sebarang halangan. Pemandangan dari atas menara ini bukan sahaja dapat melihat Bandar Osaka malahan Pulau Awaji.

Floating Garden Observatory





Untuk lebih keterangan boleh hubungi kami di talian :-
> 03- 5523 4498 - Dataran Otomobil (Akmar)
> 03- 5524 4498 - Anggerik Mall
> 07- 4530953   - Johor
> 013-2000463   - Whatsapps (Akmar)
Emel :- infokembarasufi5@gmail.com

 

Pakej Sarawak 4 hari 3 malam

Assalamualaikum....

Pihak Kembara Sufi Travel & Tours turut menyediakan pakej ke Sarawak Bumi Kenyalang.

Sarawak terkenal dengan etniknya pelbagai. Selain itu, Sarawak mempunyai tarikannya yang tersendiri seperti kek lapis yang sedap, pusat pemuliharaan orang utan , ikan masin dan sebagainya. Sarawak sering menjadi tumpuan pelancong luar mahupun dalam negara.

Oleh itu, anda sendiri patut mencuba melancong dan teroka Sarawak bersama-sama dengan Kembara Sufi. Pakej ini sesuai untuk group mahupun family. Majikan juga boleh membawa para pekerjanya melancong ke negeri Sarawak ini.

Antara tempat-tempat menarik di Sarawak yang kita akan lawati ialah :

Kuching City Tour - White Rajahs - Semenggoh Orang Utan - Serikin Weekend market - Satok Weekend market - Sarawak Cultural Village Tour - Kek Lapis Sarawak

ASTANA

KEK LAPIS



SATOK WEEKEND MARKET

SEMENGGOH ORANG UTAN REHABILITATION CENTRE 

ORANG UTAN
Pakej ini termasuk :
- 3 malam penginapan
- 3x breakfast
- 2x lunch
- 2x dinner
- tour & entrance fee
- air-conditional transport
- guide
- return flight ticket

Mengenai harga pula, ia bergantung kepada season dan tiket flight. Tempahan boleh dibuat sebulan sebelum tarikh trip.

Berminat?? Ada pertanyaan???
Jangan segan-segan untuk hubungi kami dan ajukan persoalan anda.

03-55234498 - Dataran Otomobil
03-55244498 - Anggerik Mall
013-2000463 Whats app

Wednesday, 2 March 2016

Pakej Pulau Redang 3 hari 2 malam


Assalamualaikum...

Anda suka berkunjung ke pulau?
Anda suka kan aktiviti air?
Tak tahu mahu ke pulau mane?

Saya ada satu cadangan..Pulau Redang la jawapannya....
Pulau Redang terletak di negeri Terengganu Darul Iman.


PULAU REDANG
Pulau Redang terletak di Laut China Selatan. Pulau Redang menjanjikan crystal clear water dan sesuai untuk aktiviti diving. Terdapat banyak kehidupan laut yang boleh di temui dan dilihat kerana kejernihan airnya. Antara hidupan yang boleh dilihat ialah coral, anemones dan ikan-ikan yang cantik dan unik.

CRYSTAL CLEAR WATER


Pulau Redang satu tempat yang perfect untuk aktiviti snorkeling, swimming, scuba, diving, junggle tracking, boathing dan kayak.

KAYAK





So, tempat ini sangat sesuai untuk dijadikan destinasi pelancongan bagi aktiviti group, renioun dan sebagainya.

Berkenaan harga pakej ini, Kembara Sufi menawarkan harga yang berpatutan iaitu :
- hari biasa (RM 489)
- weekend (RM 519)
- school holiday (RM 539)

Harga di atas hanya valid dari 1 mac 2016 sehingga 15 April 2016 sahaja ye.. Tunggu apa lagi..Hubungi kami segera untuk membuat tempahan..

Pakej kami termasuklah :
- penginapan
- makan
- 3 trip snorkeling
- tiket marine park

03-55234498 - Dataran Otomobil
03-55244498 - Anggerik Mall
013-2000463 Whats app