Sunday 28 February 2016

PENGENALAN KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS

Logo Syarikat


KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS SDN. BHD. adalah sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej-pakej berasaskan islamik, ia juga sepenuhnya dimiliki daripada agensi pelancongan Bumiputra. Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd. terletak di Seksyen 15, 40100 Shah Alam Darul Ehsan. 


Syarikat pelancongan Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd mula beroperasi sejak 21 DISEMBER 2012. Antara pakej yang ditawarkan oleh Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd. adalah Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Vietnam, Kemboja, China, Australia, Korea, New Zealand, Eropah, Laos, India, Japan, Brunei, Mesir dan juga Umrah,

Syarikat ini diasaskan secara perkongsian oleh Ustaz Fadzil Bin Hidzir & Ahmad Idzuan Bin Dato' Haji Sulaiman. Bermula pada tahun 2006, Pengarah Urusan Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd. telah terlibat dalam bidang perniagaan dengan usaha dalam pemasaran, pengurusan, perkhidmatan dan agensi pelancongan. Walaupun hanya berbekalkan sedikit pengalaman, semasa belajar, namun perkhidmatan pelancongan yang telah diberikan berjaya.

Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd telah terlibat secara aktif dalam menyediakan dan menguruskan tiket penerbangan, pakej pelancongan, lawatan penyelidikan, pakej bulan madu, permohonan visa, dan pelbagai lagi. Mengenai dengan kos lawatan ianya tidak akan membebankan pelanggan.

Destinasi
Malaysia:Kuching, Kota Kinabalu, Langkawi, Perhentian, Redang, Tioman, Cameron Highland, Bukit Fraser.
Indonesia:Padang, Jakarta-Bandung, Medan, Acheh, Bali, Surabaya, Bukit Tinggi, Bromo, Lombok, Yogyakarta.
Thailand:Krabi, Phuket, Bangkok-Pataya, Chiang Mai-Chiang Rai
Singapura:Universal Studio, Trick Eye & Sea Aquarium, Madame Tussauds
Vietnam:Ho Chin Minh, Hanoi
Kemboja:Phnom Penh
China:Xi'an, Beijing, Guilin, Guangzhou, Shanghai, Hong Kong, Shenzhen
Australia:Gold Coast, Melbourne, Perth, Sydney
Korea:Seoul-Jeju-Nami, Seoul-Jeju
New Zealand:Auckland
Eropah:4 negara, 5 negara, 6 negara
Laos:
India:New Delhi, Kashmir
Japan:Osaka-Universal Studio, Tokyo-Disneyland
Brunei:
Mesir:Cairo
Umrah: Umrah, Umrah Ziarah

No comments:

Post a Comment