Monday 29 February 2016

PENGENALAN PAKEJ KE CAIRO, MESIR

PAKEJ KE MESIR

Assalamualaikum w.b.t.





Kali ini, Kembara Sufi membuka pakej pelancongan ke MESIR yang mana, pelancongan ke Mesir ini menjanjikan pengalaman yang berbeza dari pelancongan-pelancongan ke negara-negara lain. 

Bagi pembaca yang tidak mengenali negara ini, sebenarnya negara Mesir sebahagian besar wilayahnya terletak di Afrika. Mesir berada di kedudukan bersempadan dengan negara Libya di sebelah barat, dan Sudan di selatan serta jalur Gaza dan Israel di bahagian utara-timur.










Mesir terkenal dengan peradaban kunonya dengan kehadiran beberapa monumen tinggalan sejarah yang masih terdapat gah di bumi Mesir ini seperti Piramid Giza, Kuil Ramses dan lain-lain.





MASJID AL-AZHAR


Masjid Al-Azhar, 


Salah satu tempat yang menarik, yang ingin diketengahkan ialah Masjid Al-Azhar ini.

Masjid Al-Azhar, terletak di Kaherah, Mesir, adalah antara salah satu tempat yang akan dilawati di dalam pakej Kembara Sufi ke Mesir ini. 
   Masjid Al-Azhar ini terletak di Universiti Al-Azhar Mesir, yang merupakan universiti Islam tertua di dunia. Masjid Al-Azhar ini pula telah ditubuhkan setahun selepas pembukaan Mesir dan perasmian Kaherah sebagai ibu negara, iaitu pada 4 April 970 Masihi bersamaan 24 Jamadil Awal 359 Hijrah. 
  Masjid Al-Azhar mempunyai tiga menara azan yang dibina pada tiga zaman. Tiga menara ini mempunyai keistimewaannya tersendiri mengikut tiga zaman pemerintahan kesultanan Islam. 

Untuk mendapat pengetahuan dan pengalaman yang sebenar, jom ziarah ke Mesir bersama Pakej Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd. Di sini, kami menawarkan pakej melancong dengan harga yang berpatutan dan berkonsepkan Islamic tourism. #Jagasolat #Mengiratkansillaturrahim #makanandisediakansepanjangtrip

PAKEJ:
MESIR ( CAIRO - GIZA - SINAI - EL FAYYOUM) - 10H 8M
HARGA PAKEJ : RM 5,599 / pax


No comments:

Post a Comment